Showing posts with label orang sekeliling. Show all posts
Showing posts with label orang sekeliling. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

hujung tahun, hujung dunia?

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
ke hujung nyawa? ..

gedebak gedebik gedebuk, dah habis chapter cerita tahun 2011. Very special year. extremely special.

Macam biasa, rasa nak muntahkan balik apa yang dah ditelan sepanjang tahun, pastu check balik apa yang dah ditelan, periksa, kalau sedap lagi, telankan balik untuk disimpan dalam badan bawak sampai mati.

Tapi apakan daya, kita tiada kuasa sehebat itu. Apa yang dah ditelan perlu disimpan sampai mati, suka atau tidak.

Menulis, sambil bergolek memikir hal itu ini sana sini, teknologi mampu membunuh nyawa dengan perlahan..rupa-rupanya.. silent killer panggilnya.

Berbalik pada cerita telan, muntah dan simpan tadi. Begitulah yang berlaku pada aku setiap hujung tahun. Lagi 2 ke 3 minggu terakhir ni, lagi teruk rasa loya, mual, payau, pahit dan segala rasalah, berlegar - legar diruang anak tekak yang tak berapa nak anak sangat ni.

Dengan itu, aku harap semuanya akan baik - baik sahaja untuk tahun akan datang.

Kamu! dah siap azam?? (masalahnya, jadi ke azam tu?.. tapi ok lah dari takde, kan?)

Monday, August 22, 2011

Cuba

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 1 insan hati
Kita ingat dan kita beri tahu, kita tahu kita cuba terangkan.jangan diam!

Hargai,

hargai semua benda yang telah menghargai kita, walaupun kita pergi sejauh mana pun, kita tetap jangan lupa pada yang menghargai, sebab yang menghargai kita itu bakal membahagiakan kita kelak.

jap2.. sya nak nyanyikan korang lagu pergi by aizat... :)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hihi... best kan? bye........... salammmm....

Sunday, July 17, 2011

MAAFKAN ATAU TIDAK??

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 1 insan hati
SALAM rasanya dah lme ST tak update... sje jer lar ST nk ckp psal topik nie... jom...

Dalam antara kita di sini yang ada di blog ini msti pernah mengalami masalah, masalah dalam famili, dalam hubungan atau apa pun. Ok jom dngr ok. pade hari ini ST belajar something yang sngt istimewa iaitu memaafkan diri kita. Kenapa perlu sebab dalam hubungan or famili atau ape pun... kte selalu buat kesilapan... dan punca setiap kejadiaan atau perbalahan msti ade permulaan... so kte perlu memaafkan diri kita... dan bila kite sndri tk mampu nk memaafkn diri kite sndri... mknenye akn berlaku larh mslh moral... btol tk?? jd kite perlu memaafkan diri kite...


Seterusnya... hehehehe... kite memaafkan org yg melakukan kesilapan... knpe?? mngkin kesilapan yg dibuatnye... berpunca dari kita sndri... mngkin kte terlepas pndng or kite jarang mngambil perhatian kepada org yg mmbuat kesalahan... ape yg pnting skrng nie adalah MEMAAFKAN ITU PNTING DLM HATI SUPAYA KITE LEBIH TENANG DAN MENJADI LEBIH BAIK... SALAM..

Friday, June 10, 2011

HANYA BINTANG :(

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 6 insan hati
Cuma lihat, dari jauh aku renung sedalam hati yang mungkin dia adalah bukan hak milik aku.

Aku hanya dapat memeluk bayangmu, dalam tidur hanya bintang dapat mempertemukan kita, tidak mungkin itu berlaku dalam keadaan sedar, aku hanya memendam perasaan tidak dapat aku meluahkan.

waktu sang matahari terbit aku hanya dapat melihat dari jauh, aku hanya menghirup udara tubuhmu, aku hanya boleh berdiam diri.

kaku!

aku kaku!

bila aku boleh meluahkan pada kau??

mungkin esok hari akhir aku, hanya biarkan kau terbang begitu sahaja, supaya bintang sahaja yang dapat buat kita terus bersama.

Wednesday, June 8, 2011

Tak Payah Lah Nak Rasa Hebat!

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 2 insan hati

Tak perlu nak rasa terpinga-pinga, tak payah nak rasa hebat, ibarat dah campak batu sorok tangan.Bila sedar, semua kau rasa tidak betul, dulu sibuk menunding jari, sekarang bila ditunding jangan menggelabah, cuba tenang dan bersabar dan fikir sejenak.

Dulu orang meluat, tapi kalau perubahan tu semakin ke arah kebaikan, orang meluat pon boleh jadi suka, satu-satu, buat secara teratur, ikut jalan singkat sangat pun tak guna kalau kelam kabut.

Jadi,

Teruskan usaha, semakin maju kehadapan semakin tunduk, bukan semakin maju semakin meninggi diri.

PESANAN: Ingat!!Sebab orang bagus dia tak perasan dia bagus!

Tuesday, June 7, 2011

Demam Nora Elena

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
Salam 1 Malaysia Semua.

Hah, dah tahu kan apa saya mahu cerita nie. Its about slot akasia NORA ELENA setiap hari isnin sampai khamis tepat 7pm. dan tak mustahil tepat jam 7pm tue juga pak cik2, mak cik2, budak kecik2, herm lebih singkat dipanggil seisi keluarga lah menghadap tv . erm.. kan2? fuhh. kuat juga penangan NORA ELENA nie. lagi lucu, aada juga yang sanggup mandi awal gara2 nak tengok cerita NORA ELENA takut melepas biar pun sesaat. sampai kan tertidur terbawa dalam mimpi pun ada. yang pempuan pasti diakui ingin sangat mencari calon lelaki macam AHMAD SETH TAN. kan2? DAN yang lelaki pasti nak gadis secantik NORA ELENA. ermmm.. tak nak ngaku.. ish .. :)

Bagi yang fanatik dengan cerita nie tahulah kan dari mana asalnya cerita NORA ELENA . NORA ELENA adalah diadaptasi dari sebuah novel KASIH YANG SUCI. Soalan nya disini dah baca dan belum baca jer. herm.. Lah, tak da jadi maslah pun kan.. search jer novel KASIH YANG SUCI kompen ada...ok bye xoxo!

jappppp.... saya bgi uol dengar lagu ost NORA ELENA-BERUBAH.. layanzzz :)

Sunday, June 5, 2011

update dari sisa kisah

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
Bila lihat je matahari terbit, mulalah masalah-masalah yang datang dengan kejamnya, dan ia terus kejar dan mengejar.Kadang-kadang tu, rasa mahu tidur selama-lamanya, tapi itu semua dugaan.tapi, orang tak tahu, yang bertapa susahnya kehidupan orang-orang seperti saya, mereka fikir, kehidupan seperti ini adalah kehidupan yang sangat bahagia, tapi disebaliknya tertulis nota-nota kecil luahan perasaan rasa sedih,sunyi,susah.rasa tidak makan 2hari dengan hanya minum sebotol mineral 1.5liter, dalam situasi ini, saya masih mempunyai kawan-kawan yang masih berhati perut dan sering berada dalam saya kesusahan, SYUKUR! Bila bercakap tentang cinta atau kasih pula, tolong jangan beri harapan-harapan kosong, saya sudah mual, sudah rasa lali dengan penipuan-penipuan ini.cukup!!

Friday, June 3, 2011

DULU & SEKARANG... apa bezanya? ;)

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati

dalam banyak2 gambar, saya suka gambar saya jadi budak kecik.
sebab? 1. cute Haha..
tapi malangnya gambar nie jer saya dapat cari. :(

aaduhaii.hahahaha bila tgk gambar dulu ngan gambar skrng mmg banyak bezanya kih3..
badan pun ada turun ada naik daaa....
hehehe tapi tuan punya badan ttp cun adalah.
so kunci utama ialah kekalkan SENYUMAN.
tapi korang pun mesti cmtu gak kan
tergelak sorang2 bila tgk gambar sendiri.bandingkan dulu & sekarang mmg banyak bezanya..

dan pic skrng!!
jeng
jeng
jeng
jeng



ececececehhh :) :) :) ini yg skrng..so yg skrng nie kena maintain ;p x gitueww??

Thursday, June 2, 2011

perkara yang lepas lepas..

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati

HAPPY BIRTHDAY SYLVIA



Hari lahir Vea pada 18 April 2011 (isnin) jam 8pm bertempat di kamsis perempuan politeknik mukah sarawak blok 3 aras 4 bilik 9."Birthday Party Vea" telah diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi
meriah.

Vea ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan seperjuangan kerana sanggup bekerjasama dengan vea membuat acara sambutan hari lahir pada
kali ini. Vea berpesan agar kawan vea sentiasa bersama susah dan senang dan mendoakan agar dimurahkan rezeki.

antara gambar yg ingin dikongsikan.....

SESI MEMOTONG KEK..
adeh hah.... :) macam2 ada gaya.
what i got? hermmm thanks my fren.. xoxo
ahli keluarga yang bahagia...

antara makanan yg menjadi sbahagian diri kami malam tu..


VEA mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi menjayakan "Birthday Party Vea". lastly i sajikan dengan videoklip tyme birthday party...


about mySELF..

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
nie lah bapak aku... umur 55.
dia nie nampak jer garang , tapi ank dia sorng nie lagi garang sebab ikut bapak lah tu kan.
ala jgn marah bapakk.... :) kalau pasal money bapak i memg sporting.hihi
nak tahu apa korang pasal bapak aku?
ermmmm... tanyalah.....

nie lah mak kesayangan aku.... umur 54.
kalau aku dalam kesusahan dia slalu ada.
erm... talk about what lagi pasal mak?

nie kakak ku no 4. AUDREY.
jenis dia nie kadang2 buat aku takut tau.
hah....maksud?
herm.... nanti2 talk about it k. intro sikit jer dia nie:)

nie abang ku nom 5. VALENTINE.
terpikat kah?
baik jangan... dia nie jenis liar.. lelaki katakan.
liar macam mana uet eh?
teeeeet... sabar eh.. tunngggu jer.. :)

lastly....,
nama budak nie SYLVIA
panggil jer vea
lahir pada 18 april 1991
anak BONGSU dlam 6 adik beradik
ada 3 kakak dan 2 abang
study in bisnes
semester 3
pelajar politeknik mukah
dengan dia nie ada juga cerita menarik....
nantikan cerita nyer...

sallllllllllllllammmmm...:)


ps:minta maaf eh... ada 2 kakak dan 1 abng lagi i belum introduce...


to be continued.........................................xoxo!

banyak betul "PERSOALAN"..ish..

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
Vea terjaga,
Soalan pertama dalam otak..
kenapa kosong benar rasa hati ini?..

Vea bangun,
Soalan kedua dalam otak,
Kenapa kaki rasa terapung?

Vea buat kerja,
Soalan ketiga dalam otak,
Kenapa bengap sangat akal aku ini?

Vea makan,
Soalan keempat dalam otak,
Kenapa tak rasa apa pun lauk ini?

Vea jalan - jalan,
Soalan kelima dalam otak,
Kenapa aku tak rasa bahang kepanasan ini?

Vea berbual - bual,
Soalan keenam dalam otak,
Kenapa aku tak faham lawak ini?

Vea mandi,
Soalan ketujuh dalam otak,
Kenapa aku tak rasa bersih lagi?

Vea tidur,
Soalan kelapan dalam otak,
Kenapa aku rasa sesak nafas lagi?


Pepatah ada berkata,
Setiap yang hidup akan mati jugak,
Jadi perlukah aku matikan sahaja diri ini,
Agar aku tahu yang aku pernah hidup?

DETIK WAKTU DAN SURATAN SIAPA TAHU KETENTUAN.

tersentuh dengar lagu nie..

 

Dear Diary of Sylvia Copyright © 2012