Saturday, December 31, 2011

hujung tahun, hujung dunia?

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita
ke hujung nyawa? ..

gedebak gedebik gedebuk, dah habis chapter cerita tahun 2011. Very special year. extremely special.

Macam biasa, rasa nak muntahkan balik apa yang dah ditelan sepanjang tahun, pastu check balik apa yang dah ditelan, periksa, kalau sedap lagi, telankan balik untuk disimpan dalam badan bawak sampai mati.

Tapi apakan daya, kita tiada kuasa sehebat itu. Apa yang dah ditelan perlu disimpan sampai mati, suka atau tidak.

Menulis, sambil bergolek memikir hal itu ini sana sini, teknologi mampu membunuh nyawa dengan perlahan..rupa-rupanya.. silent killer panggilnya.

Berbalik pada cerita telan, muntah dan simpan tadi. Begitulah yang berlaku pada aku setiap hujung tahun. Lagi 2 ke 3 minggu terakhir ni, lagi teruk rasa loya, mual, payau, pahit dan segala rasalah, berlegar - legar diruang anak tekak yang tak berapa nak anak sangat ni.

Dengan itu, aku harap semuanya akan baik - baik sahaja untuk tahun akan datang.

Kamu! dah siap azam?? (masalahnya, jadi ke azam tu?.. tapi ok lah dari takde, kan?)

0 insan hati:

 

Dear Diary of Sylvia Copyright © 2012