Friday, May 4, 2012

dosa manusia dengan manusia

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 10 insan hati
Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Tuhan, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Tuhan.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Tuhan. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Tuhan. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat keberkatan. Syukur.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

Thursday, May 3, 2012

Kalau dapat ku karang Puisi Cinta..

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 1 insan hati
Kalau dapat ku karang puisi cinta
persis hati jiwa yang gembira
melakar senyuman pastinya

akan ku lompat terbang burung
tinggi di awan tiada murung
tiada lagi duka ditarung
 sungguh kala itu mahu ku beruntung

Tapi..
apa daya ku
apa ada ku
apa asa ku

Dilingkari nostalgia bahagia
yang akhirnya terlingkup mati

Dilingkari kenangan indah
yang akhirnya airmata meniti
yang akhirnya tak kekal di hati..



"malam yang suram ditemani hati yang sepi
membuatkanku rasa t'buai mnulis puisi
kata sang hati .".
selamat malam semua wahai pembaca yang sudi menyinggahi..


"Sekali lagi"

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati


Peluang untuk terus menikmati kehidupan yang bahagia dan indah???..
Manusia selalu mintak itu dan ini dalam hidupnya. Tapi tahukah kita sebagai orang sementara di dunia ini? Apa lagi yang Dia mahukan dari kita bila peluang terbentang luas di hadapan hidup? Kita rasa, alah, aku tak ganggu hidup orang, so orang jangan lah ganggu aku. Tapi apa benar kita tidak pernah mengganggu hidup orang lain?. Mana boleh beb. Sikit - sikit mesti terganggu punya lah. Secara langsung atau tidak, kita akan berinteraksi dengan hidupan manusia lain. Walau sebesar mana ruang vacum yang cuba kita cipta untuk memastikan kita tak ganggu orang lain, weh, ini dunia Dia yang punya lah.. dah tulis dalam Sejarah dunia yang antara manusia akan berinteraksi sesama sendiri. Sedangkan kalau pokok dan angin pun boleh berkomunikasi, inikan kita sesama manusia yang ada seribu satu macam perasaan dalam hati dan seribu satu macam akal dalam otak.
Kita manusia memang tak pernah puas..

 "Teganya kau menari diatas tangisanku, Kau permainkan ku sesuka hatimu"

*tiba-tiba tersentap sngat ngan orang-orang ne..kita cuba sehabis baik untuk mengerti dia, tapi buang masa jer la kalau dia tak hargai..

nah..lebih baik ku layan lagu pasang mp3 kuat-kuat!!!!...

Wednesday, May 2, 2012

"The End Semester 5"

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 2 insan hati


Salam.. minta maaf sangat sangat lama dah menyepi dari b'blogger ne.. tup tap tup tap.. nah.. semester 5 pun dah habis.. tahun ne masuk tahun terakhir saya la dalam pengajian diploma ni.. amin.. n den.. nak continue degree... hehe.. ya ker? erm..talk2 later la hal tu kan... diploma pun blum habis..ehehe.. mudah2 han la kan.. bah.. last saya update cerita hujung tahun 2011.. ne dah nak pertengahn tahun sudah..hehe...-_- Semester 5 yang saya lalui sebelum ne tsngt bnyak liku-liku yang sya kena lalui.. tu la pasal malas nak update blog ne.. ya la kan assignment pun blmbak.. fikiran pun berserabut..nah...apa yang sya nak kongsikan disini ialah tentang semester 5 ne... kalau korang nak tahu, subjek sem 5 smua killer2.. dah la banyak teori.. teori tu la yang saya paling bengap sekali..apa2 pun, apa yang sya boleh katakan disini.. sya hanya berdoa pada Tuhan moga dipermudahkan lah segala perjalanan yang saya tempuhi sebelum ini.. Hari ini saya kira merdeka la dari segala peperangan kekejaman yang saya kena hadapi sebelum ni, ya la kan baru lepas habis peperiksaan akhir untuk smester 5 dan bharap sngat lepas semua subjek sem ne.. ok ok ok ok... selamat bercuti pada kawan2 yang sewaktu kisah dengan sya... sama2 la kita menunggu keputusan muktamad final exam kita...bah...bubyeeeee...

"God give me strength to face a fact though it slay me." - Thomas H. Huxley

p/s:'lembutkanlah hati pensyarah Ya Tuhan yang menyemak segala kertas peperiksaan semoga bjlan dengan lancar..amin'

kisah tamat..sambung di lain hari...

"cukup cukup sudah cukup sampai disini saja....hehe..."

Saturday, December 31, 2011

hujung tahun, hujung dunia?

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
ke hujung nyawa? ..

gedebak gedebik gedebuk, dah habis chapter cerita tahun 2011. Very special year. extremely special.

Macam biasa, rasa nak muntahkan balik apa yang dah ditelan sepanjang tahun, pastu check balik apa yang dah ditelan, periksa, kalau sedap lagi, telankan balik untuk disimpan dalam badan bawak sampai mati.

Tapi apakan daya, kita tiada kuasa sehebat itu. Apa yang dah ditelan perlu disimpan sampai mati, suka atau tidak.

Menulis, sambil bergolek memikir hal itu ini sana sini, teknologi mampu membunuh nyawa dengan perlahan..rupa-rupanya.. silent killer panggilnya.

Berbalik pada cerita telan, muntah dan simpan tadi. Begitulah yang berlaku pada aku setiap hujung tahun. Lagi 2 ke 3 minggu terakhir ni, lagi teruk rasa loya, mual, payau, pahit dan segala rasalah, berlegar - legar diruang anak tekak yang tak berapa nak anak sangat ni.

Dengan itu, aku harap semuanya akan baik - baik sahaja untuk tahun akan datang.

Kamu! dah siap azam?? (masalahnya, jadi ke azam tu?.. tapi ok lah dari takde, kan?)

Friday, December 2, 2011

Hati dan Mulut tak boleh kah bersatu?

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 1 insan hati

WTF????..itu kata sang hati ini..

Eh..tak pa kan..itu pilihan hidup masing2, aku cuma bagi tahu apa yang hati aku ini rasa.. dah tu perkataan yang keluar dari sang bibir ini. Nak buat mcam maner...

ARGH... sampai bila aku harus menipu?

Tapi... nak buat macam mana.. Kadang2 memang kita tak mampu nak cakap apa sang hati ini ingin berkata.

HEY kau, kau pernah cakap kau lagi suka manusia yang cakap terus terang dari hati. hah.. terus terang la aku nie kan...sang bibir ni bercakap terus dari hati ke mulut.. tak begitu?

Sial punya hati, jahanam punya mulut!
Lain kali boleh tak tolak ansur sikit?????
Jadi aku tak kan menipu lagi!!!!


aku adalah manusia yang paling palat seantero ini!
ps: rasa yang aku rasa tika menulis ini dengan sedikit perencah dlm hati ini.
ah! kenapa berterus terang sangat??!!! WTF??!.. ( kacau dah!)

Thursday, December 1, 2011

Seringkali..

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita 0 insan hati
sama kasih , sama rata
entah kenapa rasa serba tak kena
pusing kanan , pusing kiri
mana mungkin hati tak berkenan

hoi! argh... apa hoi2 nie...nak tanye nie..kenapa perlu adanya rasa tak puas hati pada diri??syok, seronok, best sangat..tu jawab dier..tapi kesimpulannya...buat banyak dosa jer..herm..

gerak hati aku makin terasa tenangnyer, namun ada masa memang gundah gulana.
tiada siapa yg mampu mbaca isi hati ini, cuma bicara bisa membias intipati.
tapi, bagaimana mahu dilimpahkan setiap isi?
kalau bibir rapat terkunci dek hati yg frust tertonggeng nie?

dalam kite melangkah siang dan malam, mungkin ada yg terkecewa. Akibat tak sedarkan diri bila berkelana. Setiap kite cuba berpesan sesama sendiri. Namun masih alpa masih leka..

JADI... fikir2 kan la :) ya la.. kadang-kadang simpan, pendam, langsung tak jadi apa...

"Never hate those who are jealous of you but respect their jealousy b
ecause they are the ones who think that you are better than them"
 

Dear Diary of Sylvia Copyright © 2012