Saturday, June 4, 2011

hati ini ingin berbicara

Diri Ini..... Sylvia Empunya Cerita
Bila terjatuh, jangan takut untuk bangun semula, bangun dengan rasa megah dan bangga, sebab tuhan itu akan beri kita jatuh dan bangun.sama ada kita sedar atau tidak.

Berlari dan teruskan berlari untuk mendapat apa yang kita mahu, bukan mudah dan bukan senang, bukan sekelip mata sahaja semua benda boleh terhidang depan mata, usaha ditambah dengan doa, tidak perlu untuk berkata-kata.

Kadang-kadang, kita kena hadapi apa sahaja yang kita tidak mahu hadapi, kita lihat sahaja apa yang berlaku sekeliling, tetapi kita takut untuk hadapi.Kadang-kadang susah juga mahu memahami apa isi hati masing-masing, dendam?mungkin juga suka?

Dendam mungkin satu sikap yang sangat minimal untuk masyarakat sekeliling, begitu juga "suka", mungkin "suka" itu boleh membawa maksud kepada beberapa perkara.Tetapi bila hati yang sudah mula bertanya, tiada siapa yang boleh beri jawapannya melainkan diri sendiri.Sebab dia hati, dia tidak boleh berkata-kata, dia hanya boleh merasa.

dan..

bila hati berkata-kata, tolong jangan jatuh lagi, jatuh sampai menjunam ke tanah, sehingga memakan diri sendiri, apa yang ada di depan mata itu patut diteruskan dan mencari punca bahagia sampai jumpa, sehinggalah malaikat-malaikat kecil memasuki lubang-lubang kecil tubuh ini untuk menarik roh keluar dari jasad.

Kebahagian akan datang dengan cara mengejut tanpa kita sedar nanti.


0 insan hati:

 

Dear Diary of Sylvia Copyright © 2012